Wednesday, December 11, 2013

AKU dan Teknik KUASA MINDA

Salam fikir dari Musafirmaya (MM)

Apakah dia teknik kuasa minda...secara jujurnya, semasa di bangku sekolah aku seorang suka berangan...berangan ntah apa2 ntah..berangan bawa kereta pun ada, berangan pakai handphone..wooo handphone pun jakun ker (waktu tue handphone utk org kaya2 jer) tapi selepas 10 tahun ianya berlalu secara tidak langsung apa yang aku berangan masa umur kanak2 ianya macam dah terjadi...mungkin sebab teknik Kuasa Minda nie kot..Yer, apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA dan apa yang kita BUAT adalah salah satu doa..mungkin teknik imaginasi ini adalah satu signal kita meminta atau mendoa kepada yang MAHA PENCIPTA..salah satu yang aku ingat dulu, semasa menaiki basikal round2 satu kampung..aku suka berangan nak ambil gambar sesuka hati (waktu tue zaman filem kodak, nak ambil gambar kena gambar skema giler)..tapi sekarang, nak makan pun boleh ambil gambar hehehe..upload Facebook.Heran aku..

Semasa di UTM juga, aku telah terpilih untuk mengikuti satu kem pelajar cemerlang..wow tak sangka MM pun jadi pelajar cemerlang..satu sem jer, lepas tue hancurrr...dalam satu slot, penceramah meminta kami membayangkan apa akan jadi selepas 10-20 tahun akan datang..apa giler ker penceramah nie nak ramal masa hadapan, syirik nihhhh!!! hahaha andaian aku waktu tue..dengan muka selamba dan org yg kuat berangan aku bedal jer lah tulis apa yang aku nak jadi dalam sekeping kertas yang mengandungi gambar timeline masa hadapan....fuh dah macam cerita heroes nie..dalam timeline tue, aku nak further study dekat UTM skudai (waktu ni ambil Diploma jer...) pastue kerja engineer di multinational company kemudian nak kerja sebagai pengajar di Universiti. Pastu nak kawin umur 25 tahun, pastue dapat anak comel sepasang..ALLAH MAHA BESAR..sekarang umur aku dah masuk 30 tahun, apa yang ditulis dalam timeline tue hampir2 100% menjadi..selepas jer tamat final exam diploma di UTM kuala lumpur, aku dapat tawaran belajar ke UTM skudai..ohhh loncat2 macam beruk lah sbb masa sekolah teknik, rakan2 sebaya kata UTM sinonim dengan universiti tendang menendang hahaha tapi susah nak masuk..mmg cari nahas aku masuk ke UTM skudai....Belum habis final exam semasa final year, dapat offer kerja as engineer R&D di Panasonic Senai Johor..syarikat jepun wooo.tak tau nak kata apa lah waktu nie, ambil test 2 pun mukas senyum jer walaupun subject tue susah jugak lah, Facilities Planning fuhhh..Oral viva thesis pun relax2 jer..pastue kedebang kedebung tonggang terbalik masuk bilik chamber dekat panasonic, hempas mesin fax, godek sana godek sini di Panasonic tue..dapat offer plak mengajar di salah satu IPTA di Malaysia ni..nak jadikan cerita lagi masa aku umur 25 tahun tamat zaman bujang hahaha...dah umur 30 tahun ada seorang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki..wala weeeei..apa yang aku tulis tue menjadi...SEDANG MENUNGGU apa akan jadi pada umur 35 tahun dan 40 tahun...yang pasti apa yang ditulis dan difikirkan saat nie (umur sekarang 30tahun) adalah sesuatu benda yang sangat2 besar dan gila2 best yang mana kalau difikirkan sekarang ianya macam tak logik org sekeling aku fikirkan tetapi setiap hari aku cakap dekat cermin..MusafirMAYA you can do it...InsyaALLAH ALLAH Maha mendengar dan Maha mengetahui....Ia akan JADI sekiranya adanya TINDAKAN....Video ini adalah TEKNIK KUASA MINDA yang diajar oleh seorang coach yang hebat Puan Rozi Saaray.


P/s: MusafirMAYA adakah kau nak kerja banting tulang, pergi kerja pukul 8 pagi balik pukul 8 malam walaupun umur dah 40 tahun???..Macam mana dengan kerja amal dan juga bekalan menuju akhirat?? dah cukup??..sibuk lagi dengan hal dunia, hal akhirat macam mana??..Negara2 Islam diserang, kau buat apa MusafirMAYA, adakah doa sahaja dah cukup tanpa ada tindakan??

No comments:

Post a Comment