Wednesday, December 11, 2013

AKU dan BANJIR di Kuantan

Pada 3-4 disember hujan tidak berhenti-henti..Nak basuh baju pun tak sempat hohoho...Kuantan dilanda banjir yang agak teruk dalam banjir ini sedih ramai mangsa banjir yang kehilangan barangan keperluan rumah, apataknya rumah dimasuki sampai paras bumbung....belum cerita kereta yang tersadai disebabkan masuk air...semasa hantar bantuan makanan dan pakaian di salah sebuah sekolah penempatan banjir, ramai yang berebut2 nak dapatkan selimut, baju budak dan tuala. makanan diaorang dah banyak sangat orang yang memberi....sedihnya bila ada rakan yang memberitahu di salah satu tempat ada yang tak dapat makanan selama 2 hari semasa hujan turun tanpa henti...terfikir sejenak, ini ALLAH baru beri benjana banjir kecil sahaja, bagi yang sesiapa yang merasai banjir nie pasti faham bertapa susahnya dan peritnya nak menghadapi banjir, dengan keadaan sejuk di tempat pusat permindahan, kerugian barangan rumah rosak, kereta total loss..fuh, ada seorang kawan yang baru sahaja pindah ke rumah baru 2 bulan lepas dengan perhiasan dalaman rumah yang cantik dan baru terpaksa musnah ditelan banjir, sedih sahabat saya mengenangkan kerugian yang mereka alami..Macam mana bila keadaan hari KIAMAT nanti????...100 kali ganda lagi dasyat dari apa yang berlaku pada 3-4 Disember 2013...-MUSAFIR MAYA (MM)-


[habis mesin fotostat nie akibat banjir]

[di sekitar kawasan banjir]

[disekitar kawasan banjir 2- dah nak paras bumbung]

[ini kalau ada kereta parking dekat rumah, maunya tenggelam]



No comments:

Post a Comment